Tips Proses Beli Rumah Subsale

Tips Proses Beli Rumah Subsale

Step By Step: Proses Beli Rumah Subsale

Assalamualaikum semua. Baiklah. Berbekalkan ilham abg pada hari ini, korang dengar lah bebelan abg berkenaan proses beli rumah subsale atau secondhand.

InsyaAllah moga bermanfaat ilmu yang abg nak kongsikan bersama korang kali ni. Abang tahu ramai yang masih belum jelas berkenaan proses ini sepanjang abang menjual rumah-rumah subsale.

Apa Itu Rumah Subsale?

Sebelum abg pergi lebih mendalam lagi, korang kena pastikan korang faham apa maksud rumah SUBSALE ( atau rumah 2nd hand)?

Rumah sub-sale bermaksud rumah yang telah berpunya dan bertuan. Senang cerita, telah berlaku perjanjian Sales n Purchase (SnP) ataupun istilahnya akad bagi orang kampong macam abg ni bagi sesuatu rumah itu dengan seseorang.

Faham tak korang? Dan makhluk tuhan macam korang pula berminat untuk membeli rumah kepunyaan orang tersebut, jadi, proses pembelian ini lah yang kita sebutkan sebagai Pembelian Rumah Sub-Sale(2nd Hand).

Mungkin korang tak mampu nak beli rumah baru dari segi ekonomi dan harganya sekarang yang boleh dikatakan tinggi dan mahal, korang bolehlah beralih arah pada beli rumah subsale pula.

Korang boleh minta tuan rumah untuk tinjau dan lihat keadaan rumah dan sekeliliang kawasan.

proses Jual Beli Rumah Subsale Township

Lagi untung kalau korang pilih rumah sub-sale yang akan ada perancangan pembangunan pada masa depan oleh kerajaan atau developer yang lain.

Korang juga berpeluang untuk tawar menawar harga rumah sub-sale ni tau dengan tuan rumah(kalau dapek laa!)

Carta Alir Proses Beli Rumah Subsale

Step By Step: Proses Beli Rumah Subsale

Step 1: Buat Pemilihan rumah yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan kewangan dan sebagainya (jangan ikut nafsu serakah yooo haa!)

Gunakan laman web seperti iproperty.com.my, mudah.com.my, facebook atau lain-lain. Ada beribu-ribu listing rumah second hand dekat sini.

*kalau korang takde idea dan buntu nak cari rumah subsale, korang gunakan la ejen hartanah yang berpengalaman, kacak seperti abg ni ya. InsyaAllah abg boleh bantu dengan hati yang ikhlas untuk rumah idaman dan impian yang korang nak tuh.

Step 2: Tandatangan Letter of Acceptance (LOA)/Letter of Offer/Offer to Purchase.

Korang tandatangan Letter of Acceptance/Letter of Offer/offer to purchase daripada ejen hartanah atau peguam sediakan tau.

Panduan dan Tips Cara Beli Rumah Lelong

Sebelum tandatangan, pastikan ejen hartanah korang tu memang professional punya ejen tau. Jangan cap ayam atau cokia je. Kang lesap pula duit korang.

Tak tahu macam mana nak pastikan ejen tu ejen yang benar, berada di landasan yang lurus dan sebagainya, korang mai contact abg. Abg tolong korang F.O.C je. Yang penting korang happy dan tidak kena tipu.

Step 3: Bayar booking fee

Dah Confirm berkenan, LOA/LO/OTP pun korang dah sign, korang kena lah bayar ‘booking fee’. ‘Booking fee’ ni korang kena refer pada peguam/owner rumah/ejen hartanah yang korang deal tu tau.

Kebiasaannya 2% hingga 3% daripada harga pembelian rumah sebagai bayaran booking.

Dan pastikan booking ni dibayar kepada syarikat ejen hartanah atau syarikat guaman yang korang lantik.

Step 4: Dapatkan dokumen pemilikan daripada owner asal dan sediakan juga sediakan  dokumen korang

Pastikan tuan rumah (penjual) tandatangan pada LOA/Letter of Offer/Offer to Purchase(OTP), dan pastikan korang (atau ejen) dapat salinan SPA pembelian tu untuk buktikan mereka sebagai pemilik rumah yang sahih.

Dokumen korang juga perlu sediakan untuk mula membuat permohonan bank:

  1. IC
  2. Slip Gaji 3 bulan (if korang makan gaji la)
  3. Statement bank yang terlatest (sediakan je statement 3 bulan senang)
  4. Statement EPF
  5. EA Form

Step 5: Buat Permohonan Pembiayaan (Loan) dengan Bank

Gunakan LOA/Letter of Offer/ OTP tadi untuk membuat pinjaman pembiayaan (loan) daripada pihak bank untuk pembelian rumah.

Pengalaman abg dulu masa berjinak-jinak dalam ejen hartanah ni kan, abg pusing dekat 11 bank tau hanya utk tanya market price rumah subsale dan juga interest% bank utk loan financing ni.

Yang nak mohon loan kerajaan boleh baca tips yang abang pernah kongsikan sebelum ni. Beli Rumah Loan Kerajaan

Pinjaman dan Guaman

Bermacam-macam input abg dapat tahu. Ada yang bank bagi 90% loan, ada bank yang bagi 75% loan sahaja. Ada juga bank yang bagi loan hanya untuk 20 tahun. Macam-macam la term & condition setiap bank nih..berbeza-beza tau.

*sebab tu abg selalu remindkan korang, lantik ja abg ni jadi ejen korang, biar abg yg penat g pusing sana, g pusing sini. Yang penting hangpa happy dengan dapat loan dengan interest % yang terendah dan pelbagai terma-terma menarik daripada bank.

Step 6: Lantik peguam yang memang handal bab menguruskan hal ehwal hartanah

lantik peguam yang memang kepakarannya dalam bidang pengurusan hartanah untuk siapkan SPA (Sales and Purchase Agreement) korang ye.

Jangan la ambil peguam pendakwaraya, peguam uruskan kemalangan dan sebagainya ya.

Peguam Yang Efektif

Step 7: Tandatangan SPA (disarankan selepas loan bank dah lulus)

Korang tandatangan la dokumen SPA dan korang kena pastikan loan bank korang dah lulus tau.

Ini kerana korang kena jelaskan baki 7% daripada balance 10% deposit yang korang kena keluarkan tu dalam masa yang ditetapkan(tadi korang dah bayar 3% booking fee kan dekat step 3).

Jika melebihi dari masa yang ditetapkan tu, silap silap haribulan korang pula kena penalty dan sebagainya daripada tuan rumah.

Tapi jika korang memang dah ada duit deposit 10% tu dalam simpanan, tiada masalah lah. Korang bayar je balance 7% tu dekat ejen hartanah @ peguam yang korang lantik okay. Pastikan semuanya ada resit.

proses viewing jual rumah

Step 8: Follow Up dengan Peguam Berkenaan Proses Beli Rumah Subsale

Kebiasaannya, dalam S&P ada dinyatakan dalam tempoh 90 hari, segala transaksi jual beli perlu di selesaikan.

Dalam tempoh ni, wakil bank korang akan menjelaskan dahulu baki pinjaman tuan rumah (Discharge of charge [sekiranya ada]).

Wakil bank korang akan membuat pembayaran kali kedua bagi menyelesaikan baki bayaran korang kepada tuan rumah.

Jual Beli Rumah Malaysia

Pihak bank kebiasaannya akan pastikan proses hakmilik telah  berjaya diantara korang dengan tuan rumah sebelum bank buat bayaran baki.

Peguam korang juga akan buat carian dan pastikan tuan rumah perlu selesaikan segala bil-bil utiliti dan sebagainya yang tertunggak seperti cukai pintu/tanah, bil penyelenggaraan(maintenance), bil eletrik, bil air, bil indah water dan lain-lain telah selesai.

Konsep asas serahan hakmilik dalam proses beli rumah subsale adalah ‘Vacant Possession’, iaitu unit telah pun kosong dan telah bebas dari hutang.

Step 9 : Ambil Kunci Rumah

Dalam SPA, kebiasaannya dinyatakan tempoh 90 hari selepas mendapat consent untuk selesaikan segala urusan selanjutnya.

Tempoh ini juga termasuk dalam proses Discharge of charge hingga serahan hakmilik dan kunci kepada korang.

Jika masih tidak selesai, lanjutan 30 hari pada kadar penalti 8% kebiasaannya dicatat dalam S&P. sebab tu korang kena follow up dan update peguam korang ‘kaw-kaw’ masa dekat step 9 tu jika korang tak nak jadi mangsa keadaan.

Selesai semuanya, tuan rumah akan serahkan kunci rumah baru korang menerusi peguam yang korang lantik.

tips dan pandual menjual rumah

Dan percayalah, RUMAH SUB-SALE TU DA JADI MILIK KORANGGGG!! TAHNIAHH GUYSS.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *