Panduan Menjual Rumah - 11 Tips Mudah

Panduan Menjual Rumah - 11 Tips Mudah

Anda nak jual rumah? Mencari-cari panduan menjual rumah yang betul? Sebagai pemilik hartanah pasti anda mengimpikan rumah akan terjual dgn cepat.

Namun,  bilamana anda iklankan rumah tapi…senyap sendu. Tiada call dari pembeli.

Susah-Nak-Jual-Rumah

Kenapa dan apa nak buat? Dalam artikel ni saya akan kongsikan cara supaya rumah anda terjual dengan cepat.

1. Maklumat Rumah Yang Ingin Dijual

Anda perlu menyemak terlebih dahulu segala maklumat berkaitan rumah yang ingin dijual. Antara maklumat penting yang harus dijadikan panduan menjual rumah adalah seperti berikut:

  • milikan bumiputera atau non-bumiputera
  • freehold atau leasehold
  • semakan pinjaman perumahan

Kenapa anda perlu pastikan maklumat ni? Sebab kadang kadang pembeli memang perlukan maklumat tersebut.

Ada orang dengar leasehold je takut nak beli. Ada orang tak kisah pun.

Lepas tu dulu kami ada pengalaman owner tu bagitau rumah dia bumi lot. 2 tahun cari pembeli baru jumpa sebab dia jual dengan harga yang agak mahal.

Then bila submit loan baru perasan kat geran tulis tiada sekatan, maknanya freehold. Terbazir macam tu je masa kami semua.

# tips ; dekat mana nak check? Hangpa pi tengok dkt geran dah boleh tau.

2. Mengkaji Harga Pasaran

Anda perlu mengkaji nilai hartanah anda berdasarkan situasi semasa sebelum anda menetapkan harga yang anda mahu.

Harga yang anda akan tetapkan itu haruslah bersesuaian dengan pembangunan fasiliti disekitar kawasan hartanah anda,

Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada berkemungkinan mengalami kerugian akibat daripada harga yang terlalu rendah.

Pinjaman dan Guaman

Sekiranya harga yang anda tetapkan itu terlalu tinggi, berkemungkinan anda akan sukar untuk mendapatkan pembeli yang berpotensi.

# tips mana nak check ni?

  1. Pi dekat bank berdekatan dan tanya akak @ abang kerja dekatbahagian home financing habaq nak jual rumah, nak check harga Jangan lupa bagi duit kopi.
  2. Tengok dekat aplikasi mudah.my berapa harga yang orang lain letak kat taman tu.

3. Dapatkan Bantuan Ejen Hartanah

Ejen hartanah adalah antara pihak penting yang terlibat secara lansung dalam proses penjualan rumah. Anda harus melantik ejen hartanah yang dipercayai

Ejen hartanah yang dilantik haruslah berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah Dan Pengurusan Harta (LPPEH )

#tips; kami dak kenai la ejen hartanah?

Boleh je hubungi saya ditalian  013-3425474 (Fik Comel) atau boleh isi borang di sini.

4. Peguam

Anda seharusnya melantik peguam yang bertauliah untuk menguruskan segala perjanjian ketika dalam proses penjualan rumah. Boleh rujuk artikel kami sebeluni “bagaimana memilih peguam yang betul” .

Peguam yang dilantik haruslah peguam yang bertauliah dan mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam menjalankan amanah.

Peguam adalah amat penting dalam melancarkan urusan jual beli hartanah. Banyak dah kes keluar kat berita peguam hartanah bawak lari duit. Jadi hati-hati ya!

5. Rumah Sedia untuk dilawati

Pastikan rumah yang ingin dijual berada dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk  dilawati.

Penjual harus memastikan keadaan rumah yang akan dilawati berada dalam keadaan yang baik. Baik di sini bermaksud rumah itu berada dalam keadaan bersih, selamat dan kemas.

Pastikan tiada sampah sarap di dalam rumah. Segala peralatan dan perabut juga harus berada dalam keadaan yang bersih.

6. Iklankan Rumah Yang Hendak dijual

jual beli rumah

Dalam proses pengiklanan, gambar adalah elemen yang terpenting. Tak semestinya anda perlu mengupah jurugambar professional.

Gambar-gambar yang diambil perlulah jelas. Setiap sudut dan penjuru juga harus diambil kira.

Ini akan memberi gambaran jelas kepada pembaca iklan anda tentang keadaan rumah tersebut.

Pastikan situasi yang ada di dalam gambar adalah sama dengan keadaan dirumah tersebut.

Sekiranya diruang tamu rumah tidak mempunyai kerusi atau meja contohnya, anda tidak seharusnya meletakkan meja dan kerusi didalam  gambar ketika proses suntingan gambar.

Pakar Jual Beli Hartanah

Sertakan juga gambar-gambar keadaan persekitaran dan kemudahan-kemudahan yang terdapat dikawasan rumah tersebut.

Ini memberikan gambaran yang lebih jelas dan akan menarik minat pembeli.

7. Proses Viewing

Satu tarikh yang dipersetujui oleh pihak penjual dan pembeli harus ditetapkan.

proses viewing jual rumah

Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kelewatan proses penjualan rumah. Dari proses viewing ini, pembeli akan memperoleh tanggapan pertama tentang rumah tersebut.

Dari sini, pembeli akan mula membuat keputusan sama ada mereka berminat atau tidak untuk meneruskan urusan pembelian rumah tersebut.

8. Rundingan Harga

Sekiranya pembeli berminat untuk mendapatkan rumah tersebut setelah proses ‘viewing’ berjalan, penjual boleh mula membuat rundingan harga dengan bakal pembeli.

Proses tawar-menawar akan berlaku sehingga kedua-dua pihak bersetuju dengan harga yang ditetapkan.

Penjual harus meyakinkan pembeli tentang nilai rumah tersebut. Pastikan harga yang dipersetujui itu tidak membawa kerugian kepada kedua-dua pihak.

9. Tawaran Membeli (Letter Offer)

Motif Surat Tawaran Membeli ini disediakan adalah untuk mendapatkan persetujuan untuk menjual dan membeli hartanah tersebut.

Urusan Jualan Hartanah

Antara maklumat-maklumat yang terkandung dalam surat Tawaran Membeli:

  • Nama pihak pembeli dan penjual
  • Alamat lengkap rumah yang ingin dijual
  • Harga jualan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak
  • Jumlah deposit
  • Barangan atau kelengkapan yang dijual bersama dengan rumah tersebut
  • Tarikh akhir untuk menandatangani perjanjian jual beli

Ketika sesi menandatangani Surat Tawaran Membeli ini, sebanyak 2% -3% daripada jumlah deposit kebiasaannya dibayar kepada ejen hartanah atau peguam sebagai tanda persetujuan.

10. Perjanjian Jual Beli (Sales And Purchase Agreement/SPA)

Surat perjanjian diuruskan oleh pihak peguam. Sebelum perjanjian ditandatangani, pastikan pembeli memahami dengan jelas syarat-syarat yang telah dipersetujui.

Sebanyak 10% downpayment dibayar setelah perjanjian ditandatangani. Bayaran ini harus diselesaikan dalam masa 14 hari.

11. Bayar Cukai

Cukai ini hanya dikenakan kepada penjual (CKHT) yang mendapat keuntungan daripada jualan hartanah.

Cukai ini termaktub di bawah undang-undang hartanah di Malaysia. Cukai ini dikenali sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah atau CKHT.

Jual Beli Rumah MudahJadikan Panduan Menjual Rumah Untuk Memudahkan Urusan

Setakat ini sahaja tips-tips yang dapat dikongsikan. Semoga dapat memberi manfaat kepada anda untuk memulakan langkah dalam urusan menjual rumah. Semoga Berjaya.

p/s Kalau nak senang call je saya (0133425474) kita sembang2 saya belanja teh o ais 🙂

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *