Prosedur Proses Penjualan Rumah Agar Tidak Tertipu

Prosedur Proses Penjualan Rumah Agar Tidak Tertipu

Proses penjualan rumah? Apa yang patut anda tahu! Menjual sebuah rumah atau tanah bukannya semudah menjual gula di kedai.

Tak semudah harini iklan, esok dah dapat pembeli. Anda mungkin tertarik dengan imbuhan yang bakal anda terima sekiranya anda berjaya menjual sebuah rumah.

Proses Penjualan Rumah

Tidak dinafikan yang imbuhannya agak lumayan. Tetapi, anda harus sedar bahawa menjual rumah tidak semudah yang disangkakan.

Untuk menjual sebuah rumah atau hartanah, beberapa prosedur yang kritikal yang harus dipatuhi untuk memastikan urusan penjualan rumah berjalan dengan lancar.

Pihak Yang Terlibat dalam Proses Penjualan Rumah

Sebagai permulaan anda perlu mengetahui pihak-pihak yang terlibat dalam proses jual beli hartanah. Antara pihak-pihak terlibat adalah seperti berikut:

  • Pemilik hartanah
  • Pembeli
  • Ejen hartanah
  • Peguam
  • Pihak bank
  • LHDN ( Lembaga Hasil Dalam Negeri)
  • Pejabat Tanah
Fikir

Proses Penjualan Hartanah dari A-Z

Jom kita pelajari secara am apakah dan bagaimanakah proses untuk menjual rumah ini dijalankan.

Manalah tahu selepas ini anda akan lebih terbuka dan mempunyai lebih idea yang kreatif untuk menarik lebih ramai pembeli.

1. LANTIKAN PEGUAM DAN EJEN HARTANAH

Pastikan peguam dan ejen hartanah yang dilantik adalah mereka yang bertauliah.

Secara amnya, anda masih boleh menjual rumah tanpa ejen hartanah TETAPI penglibatan ejen hartanah dalam proses menjual rumah amatlah digalakkan.

Ejen hartanah diperlukan kerana kemahiran mereka dalam mengendalikan segala proses menjual rumah dan juga berkebolehan mencari pembeli yang sesuai.

Kebolehan mereka dalam urusan rundingan dengan bakal pembeli juga amat penting.

Untuk memilih peguam dan ejen hartanah, anda boleh membuat carian secara atas talian ataupun berdasarkan rujukan dari kawan atau saudara mara.

Anda juga boleh menemubual peguam dan ejen hartanah tersebut sebelum anda yakin untuk memilih mereka untuk membantu anda dalam proses menjual rumah.

2. Viewing – JOM BAWA PEMBELI TENGOK RUMAH

Iklan dah buat.

Pembeli-pembeli yang berpotensi pun dah dapat.

Apa lagi nak kene buat?

Nak kene bawa pembeli tengok rumah lah.

Set kan satu tarikh untuk anda bawa pembeli meninjau rumah yang anda iklankan.

Proses penjualan rumah ni mungkin akan memakan masa.

Anda juga harus mengulangi proses yang sama dengan pembeli lain yang berminat untuk melihat rumah yang anda ingin jual.

Pastikan jadual pembeli dan penjual tidak bertindan dengan acara lain. Ini untuk memastikan yang segala jadual anda bersama bakal pembeli lain tidak bertindan dan tidak tertangguh.

Pakar Jual Beli Hartanah

Pastikan rumah yang akan dilawati itu berada dalam keadaan yang memuaskan. Buang semua perabot yang dah rosak atau yang tak digunakan lagi.

Jangan nanti dorang ingat rumah tu tempat pembuangan sampah pulak ye.

Semasa proses ini, pembeli akan;

  • meninjau keadaan rumah. Nyatakan dengan jujur pada pembeli sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada rumah tersebut.
  • memeriksa keadaan barangan yang ditawarkan bersama-sama dengan pembelian rumah (jika ada)
  • meninjau kawasan kejiranan
  • bertanyakan tentang kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti sekolah,klinik,bank,kedai dan sebagainya. Kemudahan ini akan menarik minat pembeli.
Tandangan Surat Tawaran Proses Jual Beli Hartanah

3. TANDATANGAN SURAT TAWARAN/  SURAT TUNJUK MINAT.

Pada peringkat ini, pembeli yang berminat untuk membeli rumah yang ditawarkan akan membayar 3% daripada harga jualan kepada peguam atau ejen hartanah. (Kadar Sebenar 3.18% termasuk sst)

Bayaran ini adalah sebagai wang pendahuluan atau sebagai tanda pembeli bersetuju untuk membeli rumah tersebut.

Bayaran ini bukan dibayar kepada anda ye wahai penjual. Bayaran ini akan dibayar kepada peguam atau ejen hartanah sebagai pemegang amanah.

Bayaran pendahuluan sebanyak 3% ini adalah antara cara yang digunapakai dalam menyelesaikan pembayaran pembelian rumah.

4. TANDATANGAN SURAT PERJANJIAN JUAL BELI ( SALES AND PURCHASE AGREEMENT /SPA )

Pihak pembeli perlu segera membuat bayaran baki sebanyak 7%  dari harga jualan kepada  pihak penjual. (baki 7% perlu dibuat kepada peguam semasa snp ditandatangani )

Pembeli kebiasaannya akan membuat permohonan pinjaman perumahan yang kemudiannya akan dihantar kepada pihak bank.

Permohonan ini akan mengambil masa selama 14 hari untuk mendapatkan kelulusan dari pihak bank.

Setelah mendapat kelulusan dari pihak bank, proses penjualan rumah yang seterusnya adalah pembeli dan penjual menandatangani surat perjanjian jual beli rumah (Sale and Purchase Agreement).

Kebiasaanya, pembeli akan diberi masa selama 3 bulan untuk menjelaskan 90% baki bayaran kepada penjual.

Tempoh masa ini bergantung kepada kes-kes yang tertentu. Sekiranya pembeli gagal membuat bayaran pada tarikh yang telah ditetapkan, penalti akan diberikan kepada pihak pembeli.

5. PINDAH MILIK HARTANAH

Setelah pihak bank pembeli menerima bayaran dari pihak pembeli, peguam akn membantu menyelesaikan dan menguruskan semua urusan pertukaran nama geran hartanah.

Setelah pertukaran nama geran berjaya, pihak pembeli akan menyelesaikan baki bayaran hartanah kepada penjual.

6. PENYERAHAN KUNCI

Setelah menerima bayaran, pihak penjual akan menyerahkan kunci ( vacant possession, VP ).

Proses jual beli ini dikatakan berjaya dan selesai setelah pihak pembeli menerima kunci daripada penjual.

Haa..korang dah tahu kan secara ringkasnya proses-proses untuk menjual sebuah rumah ni kan.

Bukan mudah tau.

Proses penjualan rumah ini mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan. Ada juga yang mengambil masa bertahun lamanya.

Jenuh laa nak menunggu rumah tersebut dapat dijual. Waktu-waktu macam ni, dinasihatkan agar anda jangan berputus asa.

Kalau berputus asa, berputih mata la jawabnya. Pening pulak korang nak hadap masalah ni lama-lama.

Dah dapat kunci biasanya pembeli nak ubahsuai rumah. Boleh la cuba khidmat dari kontraktor berdaftar, sebutharga PERCUMA je tau.

Teliti dan Jangan Terburu-Buru Dalam Proses Penjualan Rumah

Kelewatan proses ini berlaku mungkin kerana masalah dokumentasi, penipuan ejen hartanah dan bermacam-macam lagi. Oleh itu, anda harus meneliti setiap proses dengan betul dan jangan terburu-buru.

Seeloknya, dalami dahulu ilmu berkaitan hartanah sebelum anda terjun ke bidang hartanah. Barulah urusan anda lebih mudah. Anda pula tidak akan mudah tertipu.

One Comment
Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *