Tips Memilih Peguam Hartanah Yang Betul

Tips Memilih Peguam Hartanah Yang Betul

Anda ada rumah yang nak dijual? Dah ada pembeli yang berpotensi Haa..lepas tu, apa nak buat? Blurr?? Garu kepala yang tak gatal?

Dah sampai tahap ni, korang jangan gelabah. Tarik nafas. Fikir sejenak. Siapa yang boleh tolong korang nak selesaikan urusan jual beli rumah ni?

Fikir

Untuk pengetahuan anda, antara pihak yang sangat penting dalam urusan jual beli rumah ni selain dari ejen hartanah adalah peguam hartanah.

Korang jangan ingat peguam ni uruskan kes-kes jenayah, kes berebut harta pusaka  dan kes rumahtangga je tau. Nak jual beli rumah pun kene ada peguam.

kes-kes jenayah

Peguam dalam urusan jual beli rumah ini adalah individu atau kumpulan yang akan menguruskan hal-hal berkaitan undang-undang.

Kiranya peguam hartanah ni memang tau segala selok-belok dalam menyelesaikan bermacam-macam kes yang berkaitan dengan hartanah.

Peguam yang dipilih hanya boleh mewakili satu pihak sahaja sama ada mewakili pihak pembeli atau pihak penjual. Ini adalah untuk mengelakkan ‘conflict of interest’ yang mungkin terjadi. Lebih mudah dan adil jika pihak peguam hanya mewakili satu pihak sahaja.

Kos Peguam Hartanah

Untuk menggunakan khidmat peguam ni, ada bayaran nya. Of course la kan. Korang dulu masa kecik-kecik pun bila mak mintak tolong beli kicap pun korang mintak upah. Dapat 20sen tu dah seronok sangat dah. Ye tak? Ini kan pulak nak uruskan segala bagai dokumen dan prosedur untuk urusan jual beli hartanah. Lagi la besar upah dia.

Kos Melantik Peguam Hartanah

Berapa kos untuk khidmat peguam ni? Kebiasaannya, kos untuk khidmat peguam hartanah adalah antara 3% sehingga 5% dari jumlah harga keseluruhan jualan hartanah. Kos ini termasuklah;

  • Kos Legal Fee bagi Sale and Purchase Agreement (SPA)
  • Kos Stamp Duty pada Memorandum of Transfer (MoT)

Oleh yang sedemikian, sebagai pihak yang akan menggunakan khidmat peguam tersebut, anda harus memilih peguam yang betul. Jangan duk main pilih je mana-mana peguam yang ada. Korang kene la selidik jugak .

proses viewing jual rumah

Nak pilih peguam pun ada tips-tips dia ye. Buakn setakat nak pilih pasangan hidup je kena ada tips. Jadi nye, korang kene lah mengambil kira beberapa tips yang boleh bantu korang untuk buat keputusan dalam memilih peguam yang akan dilantik.  Jom sama-sama kita semak apakah tips-tips yang boleh korang praktikkan.

1. MINTA NASIHAT EJEN HARTANAH

Selalunya, ejen hartanah akan sentiasa berkerjasama dengan peguam dalam menjalankan urusan jual beli rumah.

Semestinya ejen hartanah mengenali ramai peguam dalam bidang hartanah ni. Tak salah jika anda minta nasihat dari mereka.

Kat mana nak cari peguam.

Siapakah peguam-peguam yang mereka percayai.

Tanya kan sekali sekiranya ada peguam yang boleh mereka syorkan kepada anda, jika ada nombor untuk dihubungi itu lebih mudah.

Boleh lah anda sendiri yang bertemu dengan peguam tersebut.

2. SARANAN DARI KENALAN

Korang mesti ada kawan-kawan,saudara mara atau ahli keluarga yang pernah menjual atau membeli rumah,kan.

Cuba korang tanya dan risik pengalaman mereka sewaktu proses jual beli tersebut berjalan.

Pengalaman orang terdekat ni penting untuk jadi rujukan. Pastikan mereka bersikap jujur dengan anda.

Dengar dan ambil semua info-info dari pengalaman mereka.

Rujukan Ambil Ejen Hartanah

Antara maklumat yang boleh diambil;

  • Dari mana mereka kenal dengan peguam tersebut.
  • Macam mana kelancaran proses jual beli rumah yang telah dijalankan.
  • Jangka masa yang diambil sepanjang proses jual beli
  • Kos guaman.
  • Peguam tersebut produktif atau tidak.

Walau bagaimanapun, seelok-eloknya, anda tidak harus terus menerima bulaat-bulat setiap info yang disampaikan.

Sebaik-baiknya, anda bersemuka sendiri dengan peguam yang dipilih sebelum melantik mereka untuk menguruskan urusan jual beli hartanah anda.

Dengan semua maklumat yang anda telah kumpul sebelum ini, lebih mudah untuk anda membuat keputusan. Kenali peribadi peguam tersebut.

Anda boleh terus bertanyakan sebarang kemusykilan atau kelebihan yang boleh anda dapat dari pihak peguam tersebut. Dengan bersemuka juga, anda akan mendapat gambaran jelas tentang peguam tersebut.

Apakah sama atau tidak dengan maklumat yang anda dapat dari kenalan anda.

Peguam Yang Efektif

3. PEGUAM HARTANAH YANG EFEKTIF

Elakkan untuk memilih peguam yang menguruskan terlalu banyak kes dalam satu-satu masa. Ini akan menjejaskan fokus mereka dalam menguruskan kes anda.

Terkadang kerana terlalu mengejar masa, mungkin akan berlakunya beberapa kesilapan kecil yang tidak mustahil memberi impak besar kepada anda.

Antara ciri-ciri peguam yang efektif ialah;

Cekap

Seorang peguam yang cekap adalah peguam yang arif dalam setiap prosedur-prosedur yang terlibat dalam menguruskan jual beli hartanah. Setiap prosedur dapat dijalankan dengan sempurna tanpa adanya sebarang masalah.

Responsif

Peguam yang responsif dapat memberikan kerjasama yang baik kepada pihak-pihak yang terlibat dalam urusan jual beli hartanah. Peguam ini juga akan terlibat secara lansung dalam setiap urusan berkaitan dengan pihak penjual, pihak pembeli, ejen hartanah dan juga pihak bank.

Proaktif

Sekiranya terdapat sebarang masalah, peguam akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan pantas dan tuntas. Bukannya meninggalkan anda terkontang-kanting dalam mencari jalan penyelesaian. Mau tak stress kalua kene macam ni kan.

4. KOS GUAMAN

Seperti yang kita sedia maklum, kos guaman adalah antara 3% sehingga 5% dari jumlah harga jualan hartanah. Nampak je sikit, tapi hakikatnya tak sebegitu.

Nak minta diskaun? Boleh.

Tapi itu adalah atas budi bicara pihak peguam sendiri.

peguam penipu

Ada pihak peguam yang menawarkan kos guaman yang rendah. Memang kedengaran menarik.

Tapi jangan sesekali anda terpengaruh dengan kos guaman yang murah ni. Tak semstinya kos guaman yang murah, mereka boleh memberi khidmat seperti yang anda inginkan.

 Asal dengar murah je, terus rasa seronok. Terus setuju..

Jangan begitu. Berfikir sejenak. Jangan lupa bahawa anda membayar untuk mendapatkan khidmat mereka.

Tak mengapa kalau anda melabur lebih untuk kos guaman. Pilihlah mereka yang komited dan yang anda betul-betul yakin mereka boleh menjaga hak dan kepentingan anda.

firma guaman yang sah

5. FIRMA GUAMAN YANG SAH

Pemilihan peguam dari firma guaman yang sah sangat-sangat penting. Pastikan peguam yang bakal dilantik mempunyai sijil amalan yang sah dan masih aktif.

Ini dapat mengelakkan anda dari masalah penipuan dokumentasi dan penyelewengan.

Badan yang mengawal selia tatacara profesien guaman di Malaysia adalah Majlis Peguam Malaysia atau Malaysian Bar Council. Badan ini mempunyai daftar senarai praktis guaman dan peguam yang sah di Malaysia.

Anda boleh menyemak dengan mudah adakah firma guaman yang menjadi pilihan anda itu sah atau tidak dengan cara melayari web direktori The Malaysian Bar.

Pastikan nama firma guaman tersebut ada dalam senarai ye. Kalau tidak, anda dah boleh move on dengan mencari firma guaman lain yang tersenarai dalam web tersebut.

6. FIRMA GUAMAN YANG STABIL

Firma guaman yang kukuh dari segi organisasi dan kewangan amat penting. Urusan jual beli rumah memakan masa yang lama.

Oleh itu, pastikan pihak peguam dan firma guaman yang anda pilih mempunyai kewangangan yang stabil.

Jangan nanti urusan anda tergendala dan terhenti separuh jalan akibat dari masalah kewangan pihak guaman.

Lagi haru kalau firma guaman tersebut terpakssa ditutup secara tiba-tiba atau terjadinya penyelewengan dan pecah amanah.

Duit lesap. Urusan pula terbantut. Bertambah lagi beban masalah anda. Jangan nanti tetiba hinggap pulak penyakit darah tinggi dek memikirkan nasi yang dah menjadi bubur.

Bagi admin, kalau boleh pilih peguam yang ada dua atau lebih nama pada firmanya contohnya ‘Abu, Siva, Lim & Co.’ berbanding yang satu patah nama sahaja contohnya ‘Maimun & Co.’.

Bukan apa, sebab kalau salah sorang nak pecah amanah dia kena ajak share partnernya untuk pecah amanah sekali hahahaha.

Berbanding kalau firma tu tak ada share partner, kalau dia nak menipu anytime dia boleh lari tanpa halangan.

Tapi iyalah, orang ni kalau nak menipu, macam-macam cara dia boleh buat. Sebab tu kena pilih yang betul-betul trusted.

Hubungan Yang baik dengan peguam

7. BINA HUBUNGAN YANG BAIK

Peguam juga manusia biasa. Jangan kerana kita bayar untuk mendapatkan khidmat mereka, kita buat mereka seolah-olah tiada perasaan.

Jika ada terjadi masalah, duduk lah berbincang dengan peguam anda. Berbincanglah dari hati ke hati.

Utarakan kepada mereka sekiranya ada yang anda tidak suka dengan cara mereka. Jangan merendah-rendahkan usaha mereka.

Terima dengan hati terbuka idea-idea atau kaedah yang mereka gunakan. Jangan terus membangkang.

Sekiranya anda tidak bersetuju, luahkan dengan cara yang berdiplomasi. Sama-sama duduk dan cari jalan dalam menyelesaikan masalah.

Hubungan yang baik juga akan melancarkan urusan anda. Peguam akan lebih fokus sekiranya anda juga dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses jual beli ini.

Pastikan Semua Maklumat Peguam Betul

Diharapkan dengan tips ini, selesai satu masalah anda dalam mencari peguam yang berkaliber dan mampu membantu anda sehabis baik. Jangan baca je. Praktikkan kan lah.

Lepas ni, boleh lah anda pula yang mencadangkan peguam yang anda pilih tersebut pada kenalan anda yang lain. Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa. Selamat berjaya dalam urusan anda ye.

 

2 Comments
Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *