Mengenai Kami

Kami merupakan team hartanah yang berpusat di Seremban, Negeri Sembilan dan mensasarkan jualan di 4 negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Kami memulakan karier dalam bidang hartanah pada tahun 2017 di bawah naungan Weise International Properties & Consultant Sdn. Bhd. di Kajang Selangor dengan fokus dalam bidang sub-sale iaitu hartanah sekunder. Namun kami mendapati terdapat permintaan yang tinggi pada waktu itu dalam pasaran projek perumahan baru atau underconsĀ dan kami membuat keputusan untuk bersama dengan agensi hartanah Vivahomes Sdn. Bhd. yang berpusat di Damansara, Kuala Lumpur. Selama 3 tahun kami berjaya menjual ratusan unit projek perumahan dari pemaju ternama seperti West Synergy Sdn. Bhd. (Bandar Springhill), IJM (Seremban 2), Sime Darby (Chemara Hills) dan banyak lagi. Pada Julai 2020, kami menyertai agensi Vigor Properties Sdn. Bhd. dan fokus semula pada jualan subsale. Matlamat kami hanya satu iaitu membantu memudahkan seremai mungkin pemilik hartanah menjual rumah dengan harga yang tepat dan tempoh masa yang pantas.

LPPEH

Perunding Hartanah Berdaftar Kesayangan Anda!!

Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Estet dan Pengurus Harta ditubuhkan pada tahun 1981 di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia. Pembentukan dan pengoperasian Lembaga ini ditadbir oleh peruntukan Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981. Fungsi utamanya adalah untuk mengatur Penilai, Juru ukur, Ejen Hartanah dan Pengurus Hartanah yang berlatih di Malaysia.

Sila layari https://lppeh.gov.my/WP2016/ untuk maklumat lanjut berkaitan LPPEH.

Agensi

Vigor Properties Sdn. Bhd. Bakal agensi No.1 di Malaysia!!

Vigor Properties adalah agensi harta tanah yang ditubuhkan pada tahun 2017. Istilah “Vigor” diilhamkan oleh perkataan Cina. “Yuan”, yang berasal dari falsafah dinasti pra-Qin, menunjukkan bahawa “semuanya mempunyai permulaan” seperti yang dikaitkan dengan syarikat yang baru ditubuhkan. ‘Vigor’ juga berkaitan dengan semangat, kecekalsn, bertenaga & cargas.

Sila layari https://www.vigorproperties.com.my/ untuk maklumat lanjut berkaitan agensi kami.