Cara Beli Rumah Loan Kerajaan

Cara Beli Rumah Loan Kerajaan

Assalamualaikum guys. Hari ini abg nak kongsikan tips untuk golongan kerajaan pula bagaimana korang nak beli rumah loan kerajaan.

Ha, untuk geng-geng kerajaan, korang beruntung sebab banyak kemudahan terutamanya terma pembiayaan daripada bank-bank yang sentiasa mencari-cari korang sebagai golongan yang bersasar.

Kerja Kerajaan

Sebelum tu, korang kena tahu dulu institusi yang menguruskan pembiayaan perumahan bagi golongan kerajaan adalah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Korang boleh layari laman web LPPSA bagi pemahaman lebih lanjut berkenaan permohonan pembiayaan perumahan bagi sektor kerajaan ya.

Teruskan pembacaan, kami dah ringkaskan untuk anda lebih mudah memahami dan cara konfirm lulus loan kerajaan.

Apartment Untuk dijual

Kelayakan Pinjaman Rumah Loan Kerajaan

Baiklah, tidak kira korang bekerja di sector apa dan di mana pun di dalam kerajaan, perkara pertama yang korang kena tahu adalah syarat kelayakan. Syarat-syaratnya abang akan jelaskan seperti di bawah :

Pemohon:

Korang kena tahu korang sebagai pemohon adalah berada dalam sektor apa. Kategori-kategori sector adalah seperti di bawah :

  1. Anggota Pentadbiran Persekutuan
  2. Ahli Parlimen.
  3. Hakim
  4. Badan-Badan berkanun
  5. Pihak berkuasa tempatan (PBT)
  6. Kerajaan Negeri
  7. Anggota Pentadbiran Negeri
  8. Ahli Dewan Undangan negeri
  9. Anggota Perkhidmatan Awam
  10. Anggota polis
  11. Anggota tentera
Kelayakan Pinjaman Rumah Loan Kerajaan

Jenis Permohonan

Jenis 1: Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap

Jenis 2 : Membina rumah di atas tanah sendiri

Jenis 3 : Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan

Jenis 4 : Membeli Tanah dengan tujuan membina rumah

Jenis 5 : Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan

Jenis 6 : Membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman LPPSA

Jenis 7 : Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman

Untuk jenis permohonan daripada LPPSA ini, abg akan rungkaikan untuk jenis 1 dan 3 dulu ya. Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap ataupun rumah sedang dalam pembinaan.

Kalau berminat untuk jenis 2 dan jenis 7 iaitu bina rumah atas tanah sendiri dan pinjaman ubahsuai rumah kakitangan kerajaan , boleh isi borang di sini. Kami akan bantu anda untuk proses dari A-Z.

Jenis Permohonan Beli Rumah Loan Kerajaan

Amaun Kelayakan Pinjaman

Bagi status pembelian rumah korang adalah Pembiayaan Perumahan yang Pertama: Syarat Kelayakan adalah ansuran bulanan(daripada pinjaman pembiayaan) tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang(termasuk hutang kereta, PTPTN, Pembiayaan peribadi dll) tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.

Gaji bersih (bermaksud jumlah gaji pokok dan elaun tetap ditolak dengan potongan wajib yang diambilkira oleh LPPSA) untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

peguam penipu

Bagi status pembelian rumah korang adalah jenis Pembiayaan Kedua: Ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.

Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Untuk lebih mudah faham dan membantu dalam proses beli rumah loan kerajaan ini, korang boleh tengok jadual di bawah untuk kenalpasti berdasarkan gaji korang sekarang ini.

Korang layak untuk beli jenis rumah berserta harga rumah berapa sebelum korang memohon dekat LPPSA ya.

beli rumah loan kerajaan
Sumber daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
beli rumah loan kerajaan.png

Jika korang nak lebih senang, korang layari http://www.lppsa.gov.my/v2/kalkulator-lppsa/ untuk korang dapatkan idea berapa jumlah amoun rumah yang korang layak untuk beli dengan gunakan kalkulator yang LPPSA dan sediakan ni.

Kenalpasti Pembelian Rumah Loan Kerajaan

Bagi tips ni, abg tak perlulah nak berceloteh Panjang lebar lagi. Korang tolong semak dan cari balik entry abg sebelum ni berkenaan Cara Pembelian Rumah.

Dekat entry sebelum ini telah dikongsikan tips beli rumah loan kerajaan dan swasta. Boleh rujuk artikel sebelum ini ye.

Permohonan Pembiayaan Beli Rumah Loan Kerajaan

Tandangan-Surat-Tawaran-Proses-Jual-Beli-Hartanah

Dekat tips ni, tatacara permohonan pembiayaan selepas korang dah kenalpasti rumah idaman korang tu adalah seperti berikut:

  • korang sebagai pemohon hendaklah membuat permohonan pembiayaan secara atas talian melalui portal rasmi Lembaga di www.lppsa.gov.my.
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah dicetak dan disertakan dengan dokumen yang diakui sah mengikut jenis pembiayaan seperti senarai semak permohonan pembiayaan.
  • Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap hendaklah  dikemukakan kepada Lembaga melalui Ketua Jabatan.
  • Pemohon hendaklah mematuhi syarat permohonan mengikut jenis pembiayaan seperti berikut:
    • Jenis 1: Pembelian rumah kediaman yang telah siap
      • Jika hartanah telah digadai kepada bank/ institusi kewangan, baki hutang penjual mestilah dalam had kelayakan pemohon bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan;
      • Pembelian hartanah daripada penjual yang belum mempunyai Hakmilik Individu/ Strata adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat pembelian hartanah di pasaran sekunder;
    • Jenis 3 :  Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina
      • Pembelian rumah daripada kontraktor adalah dibenarkan bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu;
      • Pembelian rumah atau petak rumah kediaman daripada pemaju hanya dibenarkan bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu atau Hakmilik Induk dengan syarat kegunaan tanah untuk ‘Bangunan’;
      • Pembelian rumah atau petak rumah kediaman daripada pemaju mestilah mencatatkan Lesen Pemaju serta Permit Jualan di dalam Perjanjian Jual Beli;
      • Pembelian petak rumah kediaman dengan lot parkir yang berasingan dibenarkan dengan syarat Perjanjian Jual Beli hendaklah berasingan dan permohonan perlu dikemukakan serentak.
      • Kategori penggunaan Tanah Pertanian dikehendaki menukar syarat kegunaan tanah kepada Bangunan. Pihak Pemaju perlu mengemukakan salinan surat kelulusan tukar syarat tanah serta salinan resit bayaran premium yang disahkan oleh peguam semasa kemukakan permohonan; dan
      • Bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G atau H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) yang berkuatkuasa.

Status Permohonan Pembiayaan

Pinjaman dan Guaman

Korang dah hantar permohonan pembiayaan untuk rumah idaman korang tu menggunakan online LPPSA, korang boleh lah semak dekat portal online berkenaan status permohonan pembiayaan korang ya.

Pra-Persetujuan Tawaran Beli Rumah Loan Kerajaan

Sebaik sahaja permohonan telah diluluskan oleh LPPSA, korang dapat melihat dan menerima tawaran tersebut di Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA .

Laman pertama Pra-Persetujuan Tawaran mengandungi penjelasan mengenai Pra-Persetujuan Tawaran. Korang mempunyai pilihan untuk menerima atau menolak tawaran.

Pembatalan Permohonan

Urusan Jualan Hartanah

Sekiranya terdapat kesilapan maklumat pembiayaan hartanah yang telah diisi, korang dibenarkan untuk membatalkan permohonan dan mengisi semula permohonan baru dengan maklumat yang baru.

Tolong ambil maklum bahawa korang hanya dibenarkan untuk membatalkan permohonan SEBELUM korang menghantar permohonan yang lengkap ke LPPSA.

Jadi, kesimpulannya, bersyukurlah kepada rakan-rakan abang yang bekerja dalam sektor kerajaan ini kerana dedikasinya kerajaan terhadap korang, mereka wujudkan LPPSA hanya untuk membantu korang menguruskan pembiayaan permohonan pembelian rumah. Mudah untuk memiliki rumah dengan beli rumah loan kerajaan,

Korang juga beruntung kerana kadar faedah (interest) yang dikenakan fix pada 4% sahaja(jika tidak silap abang la) berbanding pada sector-sektor swasta dan sector yang lain dimana kadar faedah (interest %) pembiayaan rumah oleh bank-bank bergantung kepada terma dan syarat setiap bank peminjam dan berdasarkan kepada kelayakan kredit korang.

One Comment
Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *