Panduan dan Cara Beli Rumah Lelong

Panduan dan Cara Beli Rumah Lelong

Untuk perkongsian kali ini, saya nak ceritakan dan menghuraikan tentang rumah lelong dan macam mana cara nak beli rumah lelong.

Haa..siapa suka cuci mata tengok-tengok barangan lelong. Cuba angkat tangan sikit.

Murah Rumah Lelong

Mesti ada jugak yang pernah beli barangan lelong,kan? Kenapa korang suka barang lelong?

MURAH!!

Ya..kalau sebut je pasal LELONG, mesti yang pertama sekali terlintas kat kepala korang ialah harga yang murah.

Kenapa murah?

Haa..kat sini korang perlu ambik perhatian. Ada sebab-sebab tertentu sesuatu barang itu dilelong.

Cara Beli Rumah Lelong Murah

Untuk korang yang baru pertama kali ingin mencari rumah atau hartanah lelong ni, korang kena tahu semua aspek berkaitan cara beli rumah lelong ni tau. Jangan terus melulu je pergi sertai acara lelongan rumah ni.

Secara asas nya, lelongan rumah ni bermaksud proses jualan secara kompetitif dan terbuka di dalam pasaran yang digunakan untuk memindahkan hak harta benda.

Proses pemindahan hak ini berlaku diantara satu pihak kepada pihak yang lain secara sah.

Kos Peguam Hartanah

Sebab utama mengapa rumah dilelong adalah kerana tuan rumah gagal untuk membayar ansuran rumah serta baki tunggakan. Oleh sebab itu, hak pemilikan ke atas rumah tersebut terpaksa dilepaskan atas arahan bank.

Jenis – Jenis Lelongan Hartanah di Malaysia

Terdapat dua jenis lelongan hartanah di Malaysia iaitu LACA dan Non-LACA.

Lelongan LACA

  • Lelongan Perjanjian Pinjaman Dan Serah Hak
  • Juga dikenali sebagai Loan Agreement Cum Assignment (LACA)
  • Lelongan dilakukan oleh pihak bank bagi hartanah yang tidak mempunyai hak milik individu atau strata.
  • 5% daripada harga hartanah kebiasaannya diserahkan kepada pelelong sebagai jumlah deposit

Jika pada pertama kali lelongan tiada pembeli, akan ada sesi lelongan yang berikutnya.

Harga rizab akan berkurangan sebanyak 10% berbanding harga sebelumnya untuk setiap lelongan yang seterusnya.

Panduan dan Tips Cara Beli Rumah Lelong

Selepas bidaan berjaya dibuat, baki belian harus diselesaikan dalam tempoh 90 hari.

Lelongan Non-LACA

  • Untuk hartanah yang mempunyai hak milik individu atau strata
  • Dijalankan melalui Mahkamah Tinggi
  • Lelongan susulan boleh diadakan semula dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan kemudian sekiranya lelongan pertama tidak berjaya
  • Harga rizab akan berkurangan sebanyak 10% lebih rendah dari harga sebelumnya untuk setiap sesi lelongan susulan
  • Baki belian hartanah boleh diselesaikan dalam tempoh masa 120 hari selepas pembelian
Cara Beli Rumah Lelong

Cara Beli Rumah Lelong – Panduan Mudah

Anda dah tahu jenis-jenis lelongan kan. So sekarang jom sama-sama kita belajar bagaimana caranya untuk membeli rumah yang dilelong.

1. Semak Kelayakan Pinjaman

Ini adalah penting untuk anda mengetahui jumlah harga rumah yang anda mampu miliki mengikut kiraan gaji bulanan anda. Orang cakap, tengok pada kemampuan dan komitmen bulanan. Nanti takde la pening tiap-tiap bulan bila tengok komitmen yang terlampau tinggi.

 Anda boleh menyemak dua skoring penting

  • DSR ( Debt Service Ratio)

Penanda ukur yang digunakan oleh pihak bank untuk menentukan had maksima pinjaman yang boleh dibuat oleh seseorang individu

Korang boleh walk in ke mana-mana cawangan bank dan memohon kepada pegawai bank untuk mengirakan jumlah skoring anda.

  • CCRIS( Central Credit Reference Information System)

Korang boleh dapatkan laporan CCRIS di cawangan Bank Negara Malaysia yang terdekat. Korang boleh juga dapatkan secara online melalui Ramcredit Services.

Untuk lebih mudah, boleh kira kelayakan di sini. Hanya isikan maklumat di borang, anda akan dapat keputusan dengan segera. Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan.

tips dan pandual menjual rumah

2. Kenalpasti Rumah Lelong

Jika korang dah jatuh cinta pada rumah lelong tersebut,korang perlu selidik dahulu sedikit sebanyak perkara berkaitan rumah tersebut. Sebaik-baiknya, korang boleh pergi melawat kawasan sekitar rumah tersebut untuk melihat dan menilai keadaan sebenar suasana kawasan tersebut.

Korang boleh perhatikan apakah kemudahan yang terdapat di kawasan sekitar rumah tersebut. Korang boleh cuba bandingkan harga rumah yang dilelong itu dengan rumah-rumah sekitarnya. Adakah berbaloi atau tidak untuk menerima tawaran harga bidaan tersebut.

Korang juga boleh menyemak tentang hartanah lelong tersebut melalui Pejabat Tanah atau pemaju. Beberapa perkara penting yang korang perlu tahu berkaitan rumah lelong tersebut;

  • Nombor lot hartanah
  • Status hak milik
  • Alamat
  • Lokasi
  • Harga rizab lelongan
Kos dan cara beli rumah lelong

3. Kos Pembelian Rumah Lelong

10% deposit daripada harga rezab rumah tersebut adalah jumlah yang WAJIB anda sediakan  sebelum membuat bidaan. Ada dua acara yang anda boleh buat

  • Menerusi bank  draft
  • Mengeluarkan banker cheque di bank pilihan anda  sebelum bidaan berlansung

Bukan tu je, korang juga perlu sediakan sekurang-kurangnya 5% hingga 6% untuk kos-kos lain.

4. Mohon Surat Pos

Surat POS atau Proclamation of Sale atau juga dikenali sebagai surat pengisytiharan jualan. Korang perlu dapatkan surat POS ni dari ejen hartanah lelong korang. Dokumen ni sangatlah penting untuk korang sebelum memulakan bidaan. Teliti setiap kandungan yang terdapat di dalam dokumen ni.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu korang ambil berat, Antaranya tanggungan tunggakan maintenance fee. Periksa berapa banyak tunggakan yang ada pada rumah tersebut dan berapa yang korang perlu tanggung setelah memiliki rumah itu.

Tunggakan Cukai Pintu dan cukai tanah

Untuk pengetahuan korang, segala kos cukai pintu, cukai tanah dan tunggakan bayaran maintenance hanya akan ditanggung oleh pihak bank sehingga tarikh lelongan sahaja.

Korang juga boleh mendapatkan bantuan dari pihak peguam untuk menyelesaikan hal yang berkaitan dengan cukai taksiran dan cukai tanah.

5. Dokumen Ketika Sesi Bidaan

Dua dokumen penting ketika sesi bidaan di dewan;

  • Bank draft
  • Kad pengenalan asal

Dokumen ini amat penting untuk memastikan korang layak untuk memiliki rumah tersebut.

Hari lelongan atau bidaan biasanya dibuat pada hari Isnin, Rabu, Jumaat atau pada hujung minggu.

Sekiranya anda tidak dapat hadir pada hari lelongan tersebut berlansung, anda boleh meminta ejen hartanah untuk mewakili anda.

Terdapat dua jenis sesi lelongan yang korang perlu tahu.

Lelongan Fizikal

i)  Lelongan hartanah di tempat fizikal.

korang perlu mendaftar terlebih dahulu dengan cara memberikan maklumat peribadi dan menghantar deposit kepada pelelong

– bayaran boleh dibuat dalam bentuk bank draft yang dihantar menggunakan pos laju atau anda boleh serahkan sendiri di dalam beberapa hari yang ditentukan.

Lelongan Atas Talian

ii) Lelongan dalam talian

korang perlu berdaftar di portal e-lelonagn terlebih dahulu

– bila dah lulus, baru lah korang boleh layari penyenaraian hartanah

– bila dah jumpa rumah yang korang berkenan, korang boleh mendaftar sebagai pembida seterusnya membayar deposit rumah dengan jumlah yang telah ditetapkan.

– korang perlu hadir ke dalam portal bidaan sekurang-kurangnya 10minit atau 15minit lebih awal sebelum sesi bidaan bermula

Korang dinasihatkan untuk sentiasa  membuat bidaan dalam jumlah peruntukan yang telah ditetapkan. Jangan sesekali korang terpengaruh dengan emosi.

Sekiranya harga rumah tersebut telah melebihi had yang telah diperuntukkan, sila jangan cuba untuk membuat bidaan pada harga yang lebih tinggi, Ini adalah untuk mengelakkan korang menanggung komitmen yang lebih besar setiap bulan.

Cuba beli rumah lelong lagi

Jika bidaan pada kali ini bukan milik korang, korang boleh cuba lagi untuk bidaan akan datang. Mana nak tau kalau-kalau rumah tu nanti lebih berbaloi untuk dimiliki

6. Tandatangan SPA

Kalau korang menang dalam sesi lelongan tersebut, apa korang kene buat?

Haa..korang jangan lupa tau. Korang perlu menandatangani surat SPA (Sales and Purchase Agreement) berserta duit setem sebanyak RM100.

Sekiranya korang kalah, duit deposit korang akan dipulangkan.

Jom Melabur dengan Membeli Hartanah

Setakat ni sahaja dahulu cara dan kaedah yang boleh dikongsikan dengan anda. Harap nya nanti rumah idaman akan menjadi milik anda jua.

Sekiranya anda menukar fikiran untuk membeli rumah subsale(secondhand) boleh cuba menghubungi team kami di 013 3425474 atau boleh isikan borang kelayakan untuk kami hubungi di Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *